PENGENALAN
Perkataan wacana menurut Kamus Dewan
Edisi Baru (1993:1484) bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan
tutur yang merupakan suatu kesatuan. Linguistik memberi maksud wacana sebagai
satu unit bahasa yang lebih besar dalam satu tingkat tatabahasa, iaitu lebih
besar daripada kata. Semua perkara yang melibatkan penggunaan bahasa disebut
sebagai wacana.
Wacana (discourse) adalah kesatuan
bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturandan penulisan yang
memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi dan juga
konteks. Wacana juga merupakan satuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi
dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang dapat memperlihatkan kesinambungan
fikiran yang utuh. Wacana dianalisis oleh para pengkaji bahasa kerana
penggunaan wacana itu sendiri sangat penting dalam kehidupan manusia. Semua
perkara yang dilakukan oleh manusia yangmelibatkan bahasa ialah wacana. Wacana
sebuah konsep yang meliputi semua aspek komunikasi manusia. Hal ini membuktikan
bahawa, wacana bukan sahaja merupakan sebuah komunikasi bertulis yang
melibatkan antara penulis dan pembaca, malah ia juga melibatkan komunikasi
lisan antara penutur dan pendengar.
Wacana dikatakan sebagai sebuah unit
terbesar kerana wacana terbahagi kepada dua bentuk, iaitu dapat berbentuk lisan
atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Jika kita teliti
dengan mendalam, dalam peristiwa komunikasi secara lisan, ahli bahasa dapat
menjelaskan wacana sebagai proses komunikasi antara penutur dan pendengar,
sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari
pengungkapan idea penulis itu sendiri dan komunikasi berlaku apabila pembaca
mampu menerima wacan yang terdapat dalam baris tulisan.
DEFINISI MENURUT TOKOH
Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana
ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran
sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke
arah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam komunikasi. Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan
wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa,
wacana merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana
direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri
ensiklopedia, perenggan, kalimat atau kata yang membawa amanat yang
lengkap.Wacana merupakan unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh
dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat
bahasa yang tertinggi, iaitu selepas tingkat ayat.
Menurut Henry Guntur Tarigan (1985 )
pula, wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di
atas kalimat atau klausa dengan koherensi ataukehesi tinggi yang
berkesinambungan serta mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara
lisan atau tertulis. Kohesi merupakan keserasian hubungan antara unsur yang
satu dengan unsur yang lain dalam wacana sehinggalah tercapai pengertian yang koheren.
Kohesi merujuk pada perpautan bentuk, yakni bahasa sedangkan koherensi pada
perpautan makna.
Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218)
dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,
mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu
ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri
buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan
kesatuan bahasa yang lengkap.
Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan
kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan
(verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan pengguguran
(ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat
dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan
konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada
suatu ujaran yang membentuk wacana.
Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan
kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat
atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis.
Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran
Harimurti Kridalaksana (1984) menyatakan
bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa
tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang
uth seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sedabainya.
Aton M.Meoliono (1995:407) mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat
yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.
Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang
terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan
koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan dan mempunyai awal dan kahir
serta disampaikan secara lisan dan bertulis.
Setelah dilihat beberapa huraian tentang
beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber,
dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai
dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun
penulis. Secara tuntasnya,wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala
tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik ( coherence) dan
juga tautan (cohension) dalam strukturnya. wacana dicirikan oleh kesinambungan
maklumat. Makna kesinambungan di sini diertikan sebagai kesatuan makna.
Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa,
terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi,
berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.
(Sumber:
http://gurubahasamelayu.blogspot.my/)
No comments:
Post a Comment