Thursday, 28 April 2016

LAMAN UTAMA


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Selamat datang ke ruangan blog ini. Blog ini direka cipta untuk menyalurkan maklumat dan informasi tentang bidang analisis wacana. Bahasa merupakan alat komunikasi yang terpenting. Apabila membincangkan soal bahasa, semestinya kita tidak boleh lari dalam mengaitkannya dengan tatabahasa. Berdasarkan hierarki tatabahasa bahasa Melayu kita dapat melihat ayat berada di tingkat teratas dalam bahasa. Namun begitu, ayat bukanlah aspek yang tertinggi dikaji dalam bahasa kerana pada peringkat yang lebih tinggi daripada ayat terdapat satu lagi aspek yang disebut wacana. Hal ini dibuktikan oleh Mohd Rashid Md Idris et al. (2012: 1) yang menyatakan pada peringkat yang melebihi ayat dikenali sebagai wacana. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi.